"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Saturday, July 17, 2010

Skill...


Salam.....
Kemahiran dalaman terutamanya kemahiran berkaitan kaunseling, sgt membantu  seseorang kaunselor dalam menjalankan tugas seharian kerana dengan cara ini kaunselor dapat berhadapan dengan persekitaran kerjanya tanpa rasa tertekan.. Kaunselor??... jika diselami adalah kerjaya yang amat mulia tetapi sering timbul cakap-cakap belakang yang mana kaunselor tidak buat kerja...kenyataan itu tidak sepatutnya wujud sekiranya kaunselor cekap dan konsisten dalam tugasnya. Dalam konteks ini, kemahiran yang dimilikki oleh  seorang kaunselor amat membantu kerana masyarakat menilai kaunselor melalui apa perubahan dan apa manfaat yang diperolehi pelajar.. Memetik kata-kata lect, kita mungkin tak mampu nak bantu masyarakat melalui wang ringgit tetapi sekiranya kita ada ilmu, kita ada skill... kita boleh lakukan semua itu tanpa mengharapkan sebarang balasan..

Friday, July 16, 2010

Duniaku bersamamu...



Salam.....
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunselin diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

  • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
  • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
  1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
  2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Salam..



Alhamdulillah...
Permulaan semester 5 yang penuh kedamaian walau beribu halangan menanti...cepat betul masa berlalu, aku dah berada di tahun 3 pengajian...Memikul amanah sebagai bakal kaunselor yg sememangnya dikaitkan dengan pelbagai onak dan cabaran. Itulah realiti yang harus aku terima "kaunselor"..mampu ker ??...Apa yang penting sekarang belajar...teruskan belajar....amal dan praktik apa yang dipelajari dan yang utama kita mesti  ikhlas dalam setiap perbuatan kerana di situ ada keberkatan..