"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Sunday, August 29, 2010

Salam Kemerdekaan Malaysia..

Lambang kemegahan kita semua....
Salam..
Secara sedar atau tidak, negara kita Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke-53 pada tanggal 31 Ogos 2010.. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat kedamaian hidup aman dan tenteram di bumi Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah sebagaimana sesetengah negara yang kurang bernasib baik.

~Salam Kemerdekaan yang Ke-53 buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama~


Ciptaan warga Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, UPSI..
Malaysia Book of Records (31 ogos 2010)
~Logo 1 Malaysia menggunakan botol minuman~


Bengkel Fasilitator Muda Siri 2 : Bengkel Swa-Diri Fasilitator Muda.


Siri 2 ini berlangsung pada 29 ogos 2010 bertempat di Dewan Seri Tanjung, UPSI. Seramai lebih kurang 172 orang peserta menyertai bengkel pada kali ini dan ia dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Cik Najidah bt Yahaya. Slot bengkel ini bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.


Dewan Seri Tanjung, UPSI

Semasa bengkel tersebut, para peserta didedahkan dengan pengetahuan berkenaan persediaan untuk menjadi seorang fasilitator unggul, ciri-ciri yang harus ada pada seorang fasilitator, peranan fasilitator dan sebagainya. Selain itu, kami juga turut menjawab inventori-inventori psikologi seperti   Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) dan Inventori Personaliti Sidek (IPS) . Melalui ujian tersebut, para peserta dapat mengetahui personaliti diri mereka termasuklah ciri positif dan negatif yang ada.


Aktiviti di pagi minggu..
Untuk menjadi fasilitator yang unggul, kita harus bersedia menghadapi segala hal dan belajar menerima diri sendiri serta orang lain secara positif adalah sangat penting.


Friday, August 27, 2010


Bengkel Fasilitator Muda Siri 1: Fasilitator Berjiwa Masyarakat


Bengkel Siri 1 ini dijalankan pada 22/8/2010 dan lokasinya bertempat di empat tempat sekitar Tanjung Malim seperti Masjid Jamek Tanjung Malim, Rumah Rehat Tanjung Malim, Rumah Sejahtera Ketoyong dan Rumah Anak Yatim Baitul Mahabah. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan khidmat sukarela di tempat-tempat berkenaan. Setelah 5 semester berada di Tanjung Malim, baru kini saya sedari bahawa terdapat banyak lagi lokasi-lokasi sekitar upsi ini yang belum dijejaki.

Saya bersama ahli kumpulan 2 ditugaskan untuk menjalankan khidmat sukarela di Masjid Jamek Tanjung Malim. Setibanya di masjid tersebut, kami dipecahkan pula kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing seperti membersihkan ruang solat lelaki, ruang solat wanita, membersihkan bilik air dan tempat ambil wudhuk serta banyak lagi aktiviti yang kami laksanakan di situ. Khidmat tersebut berakhir pada pukul 12 tengahari dan kami kembali semula ke kampus. Wakil setiap kumpulan menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khidmat yang mereka jalankan dan berkongsi  pengalaman pahit serta manis sepanjang aktiviti berlangsung.
Khidmat sukarela ini mendatangkan banyak manfaat kepada diri saya bukan sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu. Saya juga sedar bahawa kita sebagai manusia perlu prihatin terhadap keadaan serta komuniti sekitar. Apa yang penting, keikhlasan haruslah menjadi tonggak utama dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita sehari-harian.


Aktiviti Hujung Minggu..
Bengkel Fasilitator Muda..

fasilitator muda..chayok3

Salam..
Bengkel Fasililtator Muda merupakan salah satu aktiviti anjuran MPP dengan kerjasama JHEPA Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ianya terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi  dengan bayaran rm40.00 untuk 4 siri. Para peserta harus menyempurnakan keempat-empat siri ini dan penganjuran aktiviti sebegini boleh dikatakan bermanfaat bagi kita sebagai bakal pendidik.

4 siri Bengkel Fasilitator Muda:
i.   Siri 1 (22/8/2010)- Fasilitator Berjiwa Masyarakat
ii.  Siri 2 (29/8/2010)- Bengkel Swa-Diri Fasilitator Muda
iii. Siri 3 (24-26/9/2010)- Kem Pemantapan Fasilitator Muda & T.O.T
iv. Siri 4 (1-3/10/2010)- Program Eksklusif Sekolah Bitara


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-mubarak..

Salam...
Ramadhan datang lagi...syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan menyambut ramadhan yang mulia di tahun 2010 ini.. Ingatanku melayang jauh ke kg merindui suasana ramadhan di kampung..alangkah indahnya berada di samping keluarga tersyang pada saat-saat ini...miss my family s much.. Ramadhan bulan mulia dan banyak menyedarkan kita erti kesyukuran dan bertuahnya kita berada di bumi tuhan yang aman berbanding dengan umat islam lain yang sedang berjuang untuk terus hidup di bawah kekejaman yahudi... 

Salam ramadhan al-mubarak buat semua..moga kite semua diberkati oleh Allah swt dan diharapkan ramadhan kali ini akan lebih bermakna...

Tuesday, August 10, 2010

Beautiful experience....

Salam...
Syukur alhamdulillah, selesai sudah program kami di SK kerling.. Satu program yang meninggalkan satu pengalaman yang bermakna buat kami agar lebih kuat dan tabah dalam  meniti hidup sebagai kaunselor kelak.. insyaallah... Allah swt menguji kami dengan pelbagai dugaan sebelum bertolak ke sekolah tersebut misalnya kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan dan kereta meragam di saat kami mahu memulakan perjalanan ke tempat tersebut. Namun berkat kesabaran, akhirnya kami berjaya juga sampai ke sekolah tersebut walaupun agak lewat sedikit.. Tahniah saya ucapkan buat geng-geng yang sporting - razlan, pearson, noriham, aisyah, amira, hasni, azrina dan maria-.. korang semua hebat dan inilah satu-satunya kumpulan yang memberi 100% komitmen dalam menjalankan tugas sepanjang 5 sem saya berada di upsi ini. 




Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada para peserta seramai 53 orang dan juga pihak sekolah. Kami sungguh berbesar hati kerana mendapat layanan yang memberangsangkan daripada pihak sekolah sama ada dari segi penginapan, tempat pelaksanaan aktiviti, makanan dan segala kemudahan lain yang disediakan. Program dimulakan dalam keadaan yang bising tetapi terkawal dengan pelbagai kerenah anak-anak kecil yang berusia antara 10 dan 11 tahun. Pelaksanaan aktiviti berjalan sebagaimana yang kami rancang bermula daripada aktiviti ice breaking, ldk 1(fikir baik-baik), ldk 2 (muhasabah diri dan tontonan video), senamrobik, kembarun, si buta ku sayang, ldk 3 (membina menara impian), refleksi dan berakhir dengan majlis penutupan yang di sempurnakan oleh YDP PIBG Sk.kerling serta beberapa orang cikgu yang terlibat.

Thursday, August 5, 2010

Program motivasi...

Sk. Kerling
Sk.Kerling..


Salam...
Pagi yang hening... ptg ini saya bersama-sama ahli kumpulan akan mengadakan program motivasi di SK Kerling, Ulu Selangor. Kedatangan kami ke sekolah itu amat dialu-alukan dan teringatkan hal semalam semasa kami pergi untuk berbincang dengan pihak sekolah membuatkan hati kami berbunga riang melayan gelagat murid-murid di sekolah di situ.. Kami telah mendapat gelaran "cikgu" di mana murid-murid kat situ memanggil dengan kami dengan pelbagai nama bekas guru sekolah tersebut yang mereka sukai spt cikgu ezyan, cikgu umi shafikah dan sebagainya.. Murid-murid di sekolah tersebut kelihatan agak ceria dan kami mengharapkan program kami ini berjalan lancar mengikut perancangan serta pengisiannya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Segala persiapan fasilitator dari segi modul, barang keperluan serta peralatan-peralatan lain sudah berjalan mengikut perancangan. Program ini akan kami jalankan selama 2 hari 1 malam dan ia lebih berunsurkan motivasi " Motivasi Penggerak  Pelajar  Cemerlang" untuk murid-murid tahun 4 dan 5 SK. Kerling.