"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Thursday, September 30, 2010

Bismillah enam..

Salam..
Entri kali ini saya tertarik dengan kelebihan ayat bismillah enam yang mempunyai banyak kelebihan serta fadilatnya jika diamalkan selalu.

Bismillah enam..

Antara kelebihan ayat ini :
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah. Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH  BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM.. Insyaallah...

Terima kasih buat kawan saya yang telah mengajarkan saya ayat ini setahun yang lalu.. 
~ tihahadam ~

Bengkel  Fasilitator Siri 3 : Kem Sungai Chilling, Kuala Kubu Baru Selangor.

taking by abg din.. para peserta kem fasi siri 3
Lokasi perkhemahan..


tapak khemah kami..
Salam..
Bengkel fasilitator Muda diteruskan lagi untuk siri 3 yang diadakan di Kem Sungai Chilling pada 24.9.2010 hingga 26.9.2010.  Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Bengkel kali ini agak berbeza daripada bengkel sebelumnya di mana kami didedahkan dengan aktiviti perkhemahan dan lebih kepada aktiviti outdoor. Seramai lebih kurang 99 orang menyertai perkhemahan ini dan ia tidaklah semeriah penyertaan bagi siri 1 dan 2 sebelum ini. Walaubagaimana pun, aktiviti kali ini sangat menarik dan melalui itu kami belajar banyak perkara.


Hari Pertama (24.9.2010)
 
Kami bertolak dari kampus UPSI sekitar jam 3 petang menuju ke Kem Sungai Chilling yang jaraknya hanya 35 km dari kampus. Perjalanan menuju ke kem tersebut sangat menarik dikelilingi oleh tasik yang saujana mata memandang dan para peserta kelihatan  sangat teruja akan keindahan tersebut. Selepas menyelusuri tasik, kami tiba di lokasi yang dihajati iaitu Santuari ikan Sungai Chilling yang mana menjadi lokasi untuk kami meneruskan aktiviti 3 hari 2 malam. Derunan air terjun di kawasan tersebut sangat mengasyikkan dan membuatkan kami terlupa sejenak akan lambakan tugasan yang ditinggalkan.

Aktiviti petang itu:
i. Bina khemah
ii.Buat persediaan utk memasak

Pada sebelah malamnya aktiviti tidak dapat dijalankan seperti mana dalam perancangan kerana faktor cuaca hujan dan di kem tersebut tidak mempunyai dewan tertutup yang membolehkan kami untuk meneruskan aktiviti. Selepas makan malam (menu: bihun goren, ayam bakar dan sosej) kami berada di khemah masing-masing dan pada pukul 11 malam iaitu selepas hujan reda kami diarahkan berkumpul kerana ada sedikit taklimat ringkas daripada Cik najidah dan ketua program  mengenai perjalanan aktiviti keesokan harinya.

Hari Kedua (25.9.2010)
 
~ Solat subuh berjemaah ~
~ Senaman pagi ~
~ Sarapan pagi (maggi goreng) ~
Selepas bersarapan, kami mengikuti slot yang dikendalikan oleh Cik Najidah bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 12.30 tghari. Dalam slot tersebut kami didedahkan dengan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang fasilitator seperti kemahiran asas, peringkat2 dalam kelompok dan sebagainya. Sebelah petang nya pula kami mengikuti slot yang kedua iaitu perbincangan dalam kumpulan masing-masing. 

Perbincangan ini berfokus kepada membuat kertas kerja serta membina modul-modul yang sesuai utntuk program sekolah bitara nanti. Slot ini memang menguji kepantasan kami, mana tak nya.. kami terpaksa menyiapkan draf kertas kerja dalam masa setengah hari dan perlu dihantar kepada Cik Najidah untuk disemak. Selepas itu kami dibenarkan berehat dan masing-masing melakukan aktiviti sendiri seperti ambil peluang mandi sungai..

Hari Ketiga (26.9.2010)

melintasi anak sungai..
Pada jam 7.30 pagi, kami mengikuti senaman pagi dan mempelajari serba sedikit mengenai energizer yang boleh dilakukan di sekolah nanti. Selepas itu, kami diberikan sedikit taklimat berkenaan dengan aktiviti jungle trekking menuju ke kawasan Air Terjun Chilling yang jaraknya 5  km dari tapak perkhemahan kami. Kami terpaksa meredah 6 lintasan anak sungai untuk sampai ke kawasan air terjun tersebut.. Sesampainya di situ.. kami terpegun..." Ya Allah, indahnya ciptaanMu ".. hanya itu yang mampu diungkapkan.. Setelah hampir 2 jam berada di situ, kami mula beredar untuk pulang ke tapak perkhemahan semula.

Indahnya ciptaan Allah..Air Terjun Sungai Chilling..


Pada sebelah petangnya, majlis penutup diadakan dan dirasmikan oleh salah seorang pegawai daripada bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI. Selepas itu kami membersihkan tapak perkhemahan dan bersiap sedia untuk pulang ke kolej.


Friday, September 3, 2010

Selamat Menyambut Eid Aidilfitri ...


Salam..
Syukur alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan yang ke 24, kita masih diberi kesempatan untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Moga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat Ramadhan al-mubarak kali ini. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah daripada kalian semua. 

~ Selamat Bercuti ~
~ Selamat Balik Kampung ~
~ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ~
~ Maaf Zahir Batin andai punya silap dan salah ~