"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Tuesday, April 26, 2011

hallo...

Assalamualaikum wbt..

Woohh ohh ohh lamanya tak update blog kedua saya ini..fuhh berhabuk sudah. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita semua dan sedar atau tidak pengajianku untuk semester enam ini menghampiri penghujungnya beberapa hari lagi. Lepas ini boleh" refreshkan" sekejap minda dan set up to get ready for internship kaunseling pulak. Betapa berharganya masa dan juz have one week untuk study semula mengenai teori-teori, kemahiran asas, proses kaunseling and etc. 
Seriuss nya!! not ready 100% to face it, but I MUST be prepared for everything. 

Buat gengz empati kaunseling sem 6 yang bakal berinternship mei ini, all the best yea semua.
 Hopefully we can do our best dan semoga ia mendatangkan manfaat buat kite semua.






Monday, April 25, 2011


SMK KUALA KUBU BHARU


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur program akhir untuk siri 4 kelab fasilitator bitara UPSI untuk kumpulan aku berjaya diselesaikan dengan jayanya 
pada 2 & 3 April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (Bestari Perdana) Kuala Kubu Bharu. Tahniah dan syabas buat team kumpulan 14 atas kerjasama yang diberikan.
TQ so much




~ My Team at SMK KKB~
karim, mustaza, fais, tajuddin, edyka, atie, faatihah, nani rosli, nani, syuhada,
 naziha, ashikin, hadija, kak yan, kak shaiha, ros, chung, liyana, nadiatul, wani & me.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi sebelum berlangsungnya program ini tapi Alhamdulillah kami berjaya melakukannya sebaik mungkin.
Sebaik mana perancangan kita, baik lagi perancangan Allah swt kan?.. dalam kegembiraan itu, terselit juga incident yang tak diduga. 
Moral of the cases, bersedia hadapi segala kemungkinan dan be careful dalam apa jua tindakan.










Wednesday, February 16, 2011

SWEET MOMENT AT SG CHILLING


Assalamualaikum wbt..

Empathy batch jalan-jalan lagi untuk semester 6 ini.. Kali ini kami mengembara ke Santuari ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu..(13 februari 2011). Tersangat enjoy hampir seharian bersama kamoo semua gengz.




Ya Allah.. indahnya ciptaanMu, terpegun seketika melihat keindahan air terjun Sg Chilling tersebut. Damai dan menenangkan hati. My fren timbulkan persoalan " cuba kita fikirkan, dari mana air ini datang dan  mengapakah ia tak pernah putus ..". Maha besar kekuasaanMu Ya Allah..segala yang terjadi adalah dengan izinMu. 
Alhamdulillah. :)

**********
Spend time with my friends on that day .. i'm so happy and enjoy. Ohhh !!..i will miss this m0ment one day. SURE!!



So sweet laa guys..mengembara + jungle trekking + river crossing + mandi-manda and etc with our tshirt "c0unselor to be".. Purple gitu..hehe.. Jalan-jalan sambil mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara kami yang sedia terjalin sejak semester satu lagi dan moga2 ikatan ini berpanjangan walaupun masing-masing akan membawa hala tuju yang tersendiri nanti.




Our sweet moment gengzz empati
~ All the best to all of you ~
~ Thank you for our friendship ~


Sunday, January 23, 2011

Seketika bersama..


Assalamualaikum wbt..   

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah..program semalam (22 januari 2011) yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim telah selesai dengan jayanya. Program yang ringkas, padat dan bermakna.



Program yang kami jalankan lebih kepada join venture dengan pihak sekolah yang kebetulannya pada hari semalam jugak diadakan majlis akur janji murid tahun 6 bersama penjaga masing-masing. Program kami semalam bermula kira-kira jam 7.30 pagi dan berakhir jam 10 ++ selepas murid-murid tersebut melafazkan ikrar akur janji di hadapan penjaga masing-masing.
.. Tahniah kawan-kawan .. 


Berada di sekolah tersebut mengimbau kembali ingatan aku masa zaman kecik2 dulu..hehe...detik dan waktu itu telah lama berlalu..hmm3.. terima kasih mak!! terima ayah!!terima kasih along dan angah kerna menjaga saya dari kecik hinggalah saat ini..
windu mereka..

Saturday, November 27, 2010

final exam

 
Assalamualaikum wbt..

23 nov 2010: Pengurusan dan Konsultasi Sekolah (2.30 pm)
24 nov 2010: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (9 am)
1 dis 2010: Kaunseling Kelompok (9 am)
3 dis 2010: Kaunseling Pelbagai Budaya (3 pm)

2 paper dah aku lalui..hmmm.. tinggal 2 paper lg sebelum merdeka utk semester ni.hehe.
Saya doakan yang terbaik utk diri saya dan juga buat rakan2 seperjuangan especially to geng2 empati. 
Teruskan perjuangan anda..berbangga lah menjadi anak kandung suluh budiman.
All the to all of you gengz!!

~ Selamat maju jaya ~
~ Salam empati ~
~ we respect each 0thers ~ 


we respect each others





Sunday, October 3, 2010

Cerita budak kaunseling 08

Empathy geng
Inilah geng-geng kaunseling batch 08/09 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan nama glamour batch kami " Empathy Batch" ...gelaran ini lect kami yang bagi . Empati bermaksud mampu merasai/menjiwai apa yang orang lain rasa. Geng2 Empathy batch adalah seramai 103 orang (20 lelaki n 83 perempuan).dah hampir 3 tahun dah kami bersama dan sedar x sedar kini kami sudah berada di semester 5 pengajian....just tinggal 3 sem lagi... chayok3 kawan2...

All the best geng..

Thursday, September 30, 2010

Bismillah enam..

Salam..
Entri kali ini saya tertarik dengan kelebihan ayat bismillah enam yang mempunyai banyak kelebihan serta fadilatnya jika diamalkan selalu.

Bismillah enam..

Antara kelebihan ayat ini :
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah. Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH  BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM.. Insyaallah...

Terima kasih buat kawan saya yang telah mengajarkan saya ayat ini setahun yang lalu.. 
~ tihahadam ~