"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Tuesday, August 10, 2010

Beautiful experience....

Salam...
Syukur alhamdulillah, selesai sudah program kami di SK kerling.. Satu program yang meninggalkan satu pengalaman yang bermakna buat kami agar lebih kuat dan tabah dalam  meniti hidup sebagai kaunselor kelak.. insyaallah... Allah swt menguji kami dengan pelbagai dugaan sebelum bertolak ke sekolah tersebut misalnya kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan dan kereta meragam di saat kami mahu memulakan perjalanan ke tempat tersebut. Namun berkat kesabaran, akhirnya kami berjaya juga sampai ke sekolah tersebut walaupun agak lewat sedikit.. Tahniah saya ucapkan buat geng-geng yang sporting - razlan, pearson, noriham, aisyah, amira, hasni, azrina dan maria-.. korang semua hebat dan inilah satu-satunya kumpulan yang memberi 100% komitmen dalam menjalankan tugas sepanjang 5 sem saya berada di upsi ini. 




Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada para peserta seramai 53 orang dan juga pihak sekolah. Kami sungguh berbesar hati kerana mendapat layanan yang memberangsangkan daripada pihak sekolah sama ada dari segi penginapan, tempat pelaksanaan aktiviti, makanan dan segala kemudahan lain yang disediakan. Program dimulakan dalam keadaan yang bising tetapi terkawal dengan pelbagai kerenah anak-anak kecil yang berusia antara 10 dan 11 tahun. Pelaksanaan aktiviti berjalan sebagaimana yang kami rancang bermula daripada aktiviti ice breaking, ldk 1(fikir baik-baik), ldk 2 (muhasabah diri dan tontonan video), senamrobik, kembarun, si buta ku sayang, ldk 3 (membina menara impian), refleksi dan berakhir dengan majlis penutupan yang di sempurnakan oleh YDP PIBG Sk.kerling serta beberapa orang cikgu yang terlibat.

2 comments:

  1. SAlam,
    Pujangga berkata, pengalaman tidak dapat di jual beli dan itulah hakikat sebuah kehidupan. Makin banyak kita lalui dan alai sesuatu perkara tersebut, makin matanglah kita sebagai seorang insan yg kerdil di muka bumi ini.Kerjaya pendidik adalah mulia dan patut di sanjung tinggi....kerana bangsa yg berjaya bermula dari didikan sejak kecil lagi...sentuhan anda dan rakan2 dalam memberi perangsang kepada anak2 kecil patut di puji dan teruskan usaha untuk kecemerlangan anda dan masyarakat....insyaallah akan ada keberkatan dan kejayaan.

    ReplyDelete
  2. salam...
    insyaallah...
    trm kasih atas dorongan dan semangat yg diberi..
    all the best to you...

    ReplyDelete