"first step is initializing our journey, and knowing yourself is the beginning to know somebody else..."


Friday, August 27, 2010


Bengkel Fasilitator Muda Siri 1: Fasilitator Berjiwa Masyarakat


Bengkel Siri 1 ini dijalankan pada 22/8/2010 dan lokasinya bertempat di empat tempat sekitar Tanjung Malim seperti Masjid Jamek Tanjung Malim, Rumah Rehat Tanjung Malim, Rumah Sejahtera Ketoyong dan Rumah Anak Yatim Baitul Mahabah. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan khidmat sukarela di tempat-tempat berkenaan. Setelah 5 semester berada di Tanjung Malim, baru kini saya sedari bahawa terdapat banyak lagi lokasi-lokasi sekitar upsi ini yang belum dijejaki.

Saya bersama ahli kumpulan 2 ditugaskan untuk menjalankan khidmat sukarela di Masjid Jamek Tanjung Malim. Setibanya di masjid tersebut, kami dipecahkan pula kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing seperti membersihkan ruang solat lelaki, ruang solat wanita, membersihkan bilik air dan tempat ambil wudhuk serta banyak lagi aktiviti yang kami laksanakan di situ. Khidmat tersebut berakhir pada pukul 12 tengahari dan kami kembali semula ke kampus. Wakil setiap kumpulan menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khidmat yang mereka jalankan dan berkongsi  pengalaman pahit serta manis sepanjang aktiviti berlangsung.
Khidmat sukarela ini mendatangkan banyak manfaat kepada diri saya bukan sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu. Saya juga sedar bahawa kita sebagai manusia perlu prihatin terhadap keadaan serta komuniti sekitar. Apa yang penting, keikhlasan haruslah menjadi tonggak utama dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita sehari-harian.


1 comment:

  1. Salam,
    Melihat kpd aksi peserta2, memang xtvt ini memberi faedah kpd idividu yang terlibat dan juga kpd tempat yg dijadikan lokasi xtvt tersebut. Semoga xtvt ini diteruskan walaupun masing2 telah meninggakan alam pembelajaran. Denga lain perkataan, smangat gotong royong harus dikekalkan sampai bila2, di mana jua anda berada....:)

    ReplyDelete